Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, August 25, 2010

Idea Guest Book

Kalau rajin boleh lah DIY sendiri guest book..macam kat bawah ni..nampak senang..balut buku dengan kain satin kemudian letak reben / bunga kain / brooch untuk hiasan..cantik dan elegant..

Ada satu buku yang saiz macam ini dijual kat popular queensbay..tempat lain belle tak tau lar..tapi takde lar hias cantik bagai macam nie..

guest yang datang boleh wish dalam guest book ini untuk kenang-kenangan kita..^-^






yang ini belle macam pernah tengok ada jual kat gurney plaza, penang..tapi harganya mahal sikit berbanding kalau kita beli guest book yang biasa pastu hias sendiri..
tempah letak pen pon haruslah dibalut supaya nampak sedondon gitu..
:
:
Source: Google (tak ingat sudah URL nya)..

Veil dan tudung

Fashion tudung..ada berani?

Monday, August 23, 2010

progress episod 3

finally belle dah beli "something" untuk jadikan wedding gift. Rahsia!!! Nanti nak dekat-dekat time wedding baru boleh kasik tau..tak adalah gempak sangat..biasa jer..tapi door gift ini memang totally out daripada apa yang belle plan sebelum ni.

belle beli "something" itu kat IKEA..hmm boleh agak-agak tak ape dia?? jeng jeng..Rahsia lagi..belle beli dalam beratus unit camtu..abah yang tolong tolakkan troli..ramai yang tertoleh-toleh sebab kiteorang beli benda tu banyak dan ramai yang tegur nak buat apa banyak-banyak nie??

tapi idea ni bukan baru sebab tok su belle dah pernah buat untuk wedding anak dia..mula-mula belle takmo buat tapi suke sangat dengan idea tu..mak lang ngan mak pun suka jugakkk..!!

kad kahwin juga baru ditempah pagi tadi..pun tukar juga design di saat-saat akhir..bulan depan baru siap semuanya..

semalam belle balik Rawang..baru gigih lukis map dengan abah..disebabkan family belle baru pindah kat Rawang dan belle pun cuma sebulan sekali baru balik Rawang..belle tak arif langsung jalan-jalan kat situ..

tapi kannn better lagi lar kann daripada ada orang tu penat lukis map dengan abah dia semalam ..tetiba boleh pulak tertinggal kat kampung..masa orang nak tempah kad kahwin..baru dia gigih lukis map..hehe nasib baik ada tunang dia yang baik hati tolong lukiskan map untuk dia..

OP pun dah ditempah..comfirm..

selesai sudah 3 perkara minggu lepas..hati tenang sikit..

hujung minggu ni belle kena siapkan DIY bunga manggar, bakul, guestbook...


Tuesday, August 3, 2010

Coretan Episod 2

sejak belle hilang handphone kat kedai makan masa bulan 1 lepas..belle hupdate blog entry tanpa gambar-gambar..

frust..

pergi banyak tempat best tak dapat rakam kenangan apa-apa..

tapi belle risau juga kalau ada handphone canggih-canggih ni..

sebab pertama..belle memang suka tertinggal barang..sejak ada tunang yang asyik ambil berat pasal kita ni kan..selalu mengharap kat tunang jadi reminder

sebab kedua..belle suka letak handphone atas riba..bila keluar kereta..puppp..mesti jatuh keluar dari kereta..

ada sekali jatuh dari kereta..terus masuk longkang yang ada air kat tepi kedai mamak..

euuuww tengok jer..

pikir-pikir nak ambil tak nak..nak ambil tak nak..

akhirnya amir yang ambil sambil membebel kat belle

nasib baik handphone yang jenis baling kat anjing..anjing boleh mati..

Coretan

Masa bertunang ni tak lah seindah yang kita sangka..banyak dugaan nya..bermacam-macam dugaan..masa ini lah yang orang kata masa darah tengah manis..

hari-hari boleh bergaduh..boleh bermasam-muka sebab hal remeh-temeh..kalau hal-hal yang serius apatah lagi kan..

APATAH lagi yang hari-hari jumpa macam kami ni..(hari-hari jumpa sebab satu office)..

orang selalu tanya hari-hari jumpa tak bosan ker??

hehe.. (tak boleh jawab kat sini..biarlah rahsia..)

hari ni belle tak sihat dan tak pergi office..tidur sepanjang hari..maknanya hari ni seharian tak berjumpa..

belle tanya amir..rindu ker sehari tak jumpa? dia jawab "rindulah"..

belle tanya lagi: " dah tu hari lain tak rindu ker?.." (saja mengada-ngada tanya macam kalau orang puji awak nampak cantik lar hari ni ..maka kita pun jawab hari ni jer cantik? hari lain tak cantik ker?)..

amir pun jawab " awak dah macam tangan saya ..kalau tiba-tiba tangan saya takda..mesti saya rasa tak lengkap hidup saya..mestilah saya akan rindu kat tangan saya..mestilah saya risau mana tangan saya ni pergi..asyik teringat kat tangan saya..

(senyum)..


masa bertunang juga ada masa-masa indahnya..

orang kata jangan tunang lama-lama..tak molek

Monday, August 2, 2010

progress episod 2

minggu lepas berjaya juga belle sampai ke majlis tunang elianez..

"WELCOME to the CLUB, Elianez!!"..

she looks gojes dengan baju chifon dan veil dia dari vispera..door gift dan hantarannya pun cantik..belle pergi dengan ira, tunang belle dan kak ju sepupu tunang belle..

kiteorg tak tunggu lama sangat kat melaka..lepas elianez sarung-cincin-ambil-gambar-dengan elinez..kiteorg pergi jalan-jalan kat nilai 3..saja jalan-jalan survey-survey barang..belle mencari-cari bunga span..tapi tak da pun jual kat nilai..tapi ada ke pekedai kat situ cakap bunga span ni stail lama..orang tak pakai dah..apa-apa jelar..dalam hati cakap "korang tue yang tak up to date"...

tempat yang ada bunga span setakat ni belle pernah tengok cuma kat SFF dan Semua house..

so belle cadang nak pergi Semua House tapi sudah lewat..belle dengan amir kena balik cepat ke Penang..lepas hantar Ira dan Kak Ju..kiteorg terus balik Penang..

jadinya weekend lepas..belle berjaya beli baju dan tempah terus baju..berjaya pergi ke Melaka..berjaya pergi Nilai 3..yang tak berjaya..tempah kad kahwin dan beli barang hantaran..tak pe la..beli kat Penang juga lar nanti ^-^

kesimpulannya, weekend lepas was so great..rasa berbaloi-baloi..

thanks to my dearest Amir for this great weekend..bape jam kite berada dalam kete selama 2 hari ni kan..


dengan kak ju dan amir, belle belajar lagi kata penguat dari loghat ganu.. perkataannya adalam Musing Ketang..mula-mula belle ingat musim ketam..rupanya adalah pusing-pusing macam ketam..maksudnya macam ala-ala orang kedah cakap pi mai pi mai tang tu jugak..

pusing ke sana ke mari tapi masih berada di tempat yang sama..^-^

hehe..dok pahang-pahang g ghupenyer..

tapi apa-apa pun..ira dengan kakju memang super duper best!..

p/s: design baju belle dah berubah sikit..belle nak cerita pasal baju untuk post akan datang..