Daisypath Anniversary tickers

Thursday, September 30, 2010

HIV Test - Done

lepas dah tangguh banyak kali nak pergi pejabat kesihatan..akhirnya selesai HIV test kami..alhamdulillah negative - boleh kahwin..belle tahu kiteorang dah terlewat..semua orang dah bising kiteorang tak hantar borang kahwin lagi..banyak sangat misunderstanding..

mula-mula pergi kat bayan lepas depa tak bagi kami buat kat situ..suruh balik ambil borang kat negeri masing-masing..kami pun kalut lar call abah masing-masing suruh pos borang dari KL..tapi bila kami pi kat sg dua dan jalan perak, tak de pun dorang cakap macam tu..macam-macam lar..tak paham betul..

kemudian, sila jangan percaya borang-borang yang ada kat dalam website..pergi sendiri kat pejabat agama daerah masing-masing..

mula-mula belle download borang kat website JAIS, abah yang suruh lepas abah belle dengar nasihat dari tok kadi masjid dekat ngan rumah kat rawang..

then, tunang belle call semula JAIS, JAIS kata borang kat website tu tak ley pakai..default jer..hmm ada pulak cmtu yer..

tapi tak pa kita settle satu-satu

tunggu giliran bersama ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu dalam pantang..lelaki-lelaki itu suami mereka
see sikit jer kesannya..hehe tapi belle pejam mata takmo tengok dorang ambil darah belle


yeay..one step dah siap

Friday, September 24, 2010

HIV test

Kisah 1


Di tengah hari yang panas terik


Belle dan tunang belle pergi ke Bayan Lepas untuk mencari klinik kesihatan. Kami nak buat HIV test. Kami kurang familiar dengan kawasan Bayan Lepas. Sampai di sana, belle tunggu dalam kereta sementara tunang belle masuk ke dalam untuk bertanya betul ke ini tempatnya.


Bila tunang belle masuk balik dalam kereta, dia pun cerita kat belle, nurse - nurse kat dalam semuanya pandang dia atas bawah bila dia tanya kat sini ke tempat nak buat HIV. Nurse -nurse tu tanya dia dengan muka curious..


"kenapa adik? ada masalah ker? "


Hehe .. (gelak-dulu)


"ada ka patut dorang ingat abg ada masalah HIV" ...

Thursday, September 23, 2010

Coretan untuk awak

awak



semalam kita makan malam kat restoran tepi laut
saya tak nak makan sayur campur tu sebab rasanya sangat tak sedap
awak nasihatkan saya jangan membazir
itu hasil titik peluh kita bekerja
itu rezeki yang allah bagi
awak pun tolong makan sayur tu
sebab tak nak membazir
saya senyap jer buat bodoh tengok awak makan sayur yang tak sedap tu



lepas makan
dalam kereta awak cerita pasal orang afrika yang susah nak dapat makanan
pastu awak cerita abah awak rotan awak masa kecil sebab awak nak makan ayam jer hari-hari
abah awak suruh awak makan ikan
tapi awak kalau tak dapat makan ayam, awak langsung tak nak makan
pastu awak cerita lagi macam mana ayah awak didik awak supaya jangan jadi orang yang suka membazir
sekarang jadik lah awak orang yang paling tak memilih makanan dan tak membazir


saya tahu tu sebab awak tak kisah pun makan apa-apa
kalau tak sedap pun awak makan jugak
saya ingat lagi awak makan sayur kailam ikan masin yang saya masak dulu
bila saya rasa
euww tak sedap langsung kailan tu
tapi awak tak kisah
awak makan sampai habis


masa awak cerita dalam kereta tu saya senyap jer
saya marah sebab awak tegur saya macam tu
saya cakap takpe nanti saya bayar balik duit awak belanja saya makan
tapi awak kata ini bukan sebab duit
tapi saya tak peduli
saya tak nak dengar awak cakap apa pun
sampai kat depan apartment saya terus meluru keluar kereta
saya tak nak tengok muka awak
saya tak suka awak tegur saya macam tu
saya tahu saya salah tapi hati saya kata suka hati saya lar nak buat apa-apa pun
saya tak suka awak kongkong saya

hari ni kita pergi kerja
saya masam jer muka dalam kereta
awak ajak saya pergi breakfast
saya tak nak
kemudian awak ajak saya pergi lunch
saya kata saya busy ada meeting
kita habis kerja pukul 8 malam hari nie
dalam kereta awak ajak saya makan malam
tapi saya suruh awak hantar saya balik rumah
awak kata awak lapar satu hari tak makan
saya tak peduli
saya pun tak makan apa-apa hari ni


selalunya awk hantar saya depan pondok jaga
tapi pagi tadi saya cerita kat awak ada orang kacau saya depan rumah saya
awak terus teman saya sampai depan pintu rumah
awak kata takut nanti orang kacau saya lagi
awak ajak saya banyak kali pergi makan
tapi saya degil
saya tak nak
saya suruh awak makan je sorang-sorang


akhirnya awak senyap
saya nampak awak tunduk ke lantai
mesti awak sedih dengan sikap saya yang ego ni
saya nak minta maaf
saya sedih juga tengok awak sedih
tapi saya tetap ego
saya terus masuk dalam rumah tanpa tengok muka awak
awak pun berlalu pergi

teruknya saya
macam mana saya nak jadi isteri yang baik kalau tak nak dengar nasihat awak
sekarang awak tak angkat saya call
mesti awak tidur dalam kelaparan kan
saya degil
saya ego
saya tak nak mengaku kalah dengan awak
saya nak saya betul dalm semua perkara

maafkan saya awak
saya nak jadik isteri yang baik
yang dengar kata awak..
maafkan saya

saya masakkan awak lauk yang sedap untuk awak esok yer..
saya pun lapar sekarang nie..


DIY Hantaran

Reveal sikit-sikit bunga yang belle akan guna untuk hantaran..hehe

Tak sabar nak buat hantaran sendiri..

Cantik tak cantik belakang kira..

Yang penting tangan sendiri yang buat..

Lalala~








Wednesday, September 22, 2010

DIY Guest Book Part 1

Masa belle sekolah dulu belle suka balut buku..tak kira la buku apa pun mesti nak balut. Belle ada satu buku nota kecil yang belle balut guna kain songket.


Asalnya buku tu buku log kecil tapi rasa tak puas hati warnanya tak menarik.. Belle pun gunting kain songket warna merah dan gold yang belle tak boleh pakai sebab dah singkat..


Hasilnya, kawan kawan tanya " eh awak beli kat mana buku ni..cantiknyaa.." ^-^

Kali ni belle nak balut guest book..senang jer..tapi hasilnya cuma dapat tengok lepas wedding juga..(sebab tak siap lagi..hehe..)..Idea untuk guest book ni boleh refer pada post belle yang lepas http://flowers-isabelle.blogspot.com/search/label/Idea





Belle beli kat popular..nampak tanda harga tu?




Okay..ini tanpa tanda harga





Nak balut perlukan bahan-bahan ini (Buku, Kain Satin, Gam UHU, Gunting, Kertas A4)





Mudah jer..balut seperti biasa..Tapi pastikan kain satin digosok terlebih dahulu dan gunting kain mengikut ukuran buku dan tinggalkan basi sedikit





Balut dan guna gam uhu untuk bagi melekat..Hati-hati jangan sampai ada gam di permukaan buku. Kain ini jarang sikit..Guna kertas A4 sebagai alas supaya corak cover tak kelihatan.


Reminder: Kain ini licin, pegang elok-elok ^-^





Guna kertas A4 untuk tutup lebihan kain yang mesti jadik comot dengan gam





Supaya jadi kemas seperti ini



Hasilnya..siap dibalut..Letak dalam kotaknya semula


Part 2 nanti Belle tunjuk cara nak buat hiasan covernya

Tuesday, September 21, 2010

Reader Comment Disable

Sekarang baru belle tahu kenapa readers tak boleh komen kat certain post dalam blog belle..

Sebabnya kat post options untuk post tu, belle tak click allow reader comment..



Hehe maafkan saya yang dah lama buat blog tapi tak tahu pasal ini..

Sharing is caring ~

Kata hati

:
Mari kita berfikiran positif dan tenang menghadapi gerbang perkahwinan ni
:
Jangan stress stress
:
Focus on the journey, not the destination
:
Joy is found not in finishing an activity but in doing it
:
Have fun semua bakal pengantin ^-^
:
Selamat membuat persiapan perkahwinan anda
:

DIY Bunga Manggar

Actually ini bukan my first DIY, tapi ini first DIY untuk wedding belle yang belle post kat blog ni..Bunga manggar ini ilham daripada blog http://www.shajaratuldesign.com/
.
.
.
Barang-barang yang diperlukan:
  1. Gunting
  2. Pita Plekat
  3. Dawai no 24 dan 18
  4. Daun plastik
Langkah-langkah:


1. Sediakan barang-barang yang diperlukan

2. Lekatkan daun pada dawai guna pita pelekat

3. Lekatkan daun pada dawai kira-kira 12 helai daun (agak-agak)


4. Cantum dawai no 18 dan 24. no 18 ni halus sedikit berbanding no 24..jadi yg no 18 berada di depan 24..yang halus tu akan terlentok sikit ke bawah bila kita pasang nanti..baru lar cantik sikit


5. Ulang step 1-4 untuk dawai yang lain..buat lar banyak-banyak..



Tadaaa dah siap!!!..tapi hasilnya kena tunggu masa wedding baru boleh tunjuk...hehe
.: Sebab sebenarnya belle pun tak try lagi pasang betul2 kat batang bunga maggar:.


Tuesday, September 7, 2010

Wedding Sign

My dear, i'm not sending email to you anymore..so i paste my creation hmm my design here..let's do our wedding sign like this after raya..^-^'


SELAMAT HARI RAYA to all bloggers

Salam Semua

Hari ni last day berbuka dengan amir before masing-masing balik beraya kat kampung halaman..sedih..setiap hari berbuka sama..makan kat nasik kandar..tak pun kat bazar ramadhan tepi masjid bayan baru..semalam kami makan udang lipan kat hammer bay dengan na..Selamat Pengantin Baru na!!..belle tak boleh balik terengganu lagi sebelum belle kahwin..segan nak pi sana banyak kali..insyaallah lepas kawen boleh lar..

Kira tahun ni last beraya sebagai orang bujang..tahun lepas beria cakap kat adik-adik 'ni last along raya as single, tahun akan datang korang kena beraya ngan abg ipar'..

Nampaknya tahun ni sekali lagi kena cakap macam tu..

Lagi berapa hari nak raya..tapi belle tak beli lagi baju raya sehelai pun..uhuk-uhuk..berdebar nak kahwin sampai tak rasa nak beraya tahun ni..insyaallah harap tahun depan dapat beraya dengan meriah bersama orang baru...^-^

Lepas raya ni cuma tinggal 2 bulan..belle kena siapkan


  • hantaran
  • cookies
  • edar kad
  • baju nikah
  • persalinan pengantin lelaki ***
  • veil
  • meet caterer, MUA, OP dan pelamin
  • henna

eh banyak lar pulak..ingat kan sikit je lagi..huhu

anyway..kat sini..

Belle nak ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN' pada kamu kamu yang tengah membaca blog ni..^-^ terima kasih kerana sudi bertandang dekat blog yang tak seberapa ini..thank you ^-^'

oh ya kepada harzharun..selamat berkenalan..belle suka baca blog harz..pasal komen kat new post belle tak tau nape tak boleh komen..penat sudah adjust setting tapi tak jadik jugak..-_-"

kepada semua..jumpa lepas raya yer..


p/s: ada sapa-sapa tahu contact orang yang boleh lukis henna..belle still tak de orang yang boleh lukis kan henna untuk belle..