Daisypath Anniversary tickers

Monday, November 8, 2010

wedding sign lagi

wedding sign belle

1. idea asal beberapa bulan lalu - out

2. idea kedua - out

3. hitam putih - out



4. go straight don't belok-belok - yeay!!



5. masuk kiri - yeayy!!

balik kerja nak print dan laminate jer..siap untuk di bawa balik KL..ada 6 straight..6 turn left..takde masuk kanan rumah belle

p/s: ada rama-rama dalam perut belle..minggu depan mesti beranak pinak rama-rama nie..waa


Tuesday, October 12, 2010

Bunga Telur In Making

100 bunga telur in making..
materials:


plan to give this for families only..and bridesmaids definitely..hehe

so it's limited

Apa pilihan lagu anda?

Belle dah putuskan nak mainkan lagu-lagu Maher Zain masa Majlis Kenduri Kesyukuran nanti..
terutama sekali lagu Baraka alluhu lakuma
i'm really into this songs

Lagi satu lagu yang belle sangat suka

cari pasangan dari Rabbani

dari kecil-kecil sangat suka dengan lagu ni..

Pilihan belle untuk kenduri nanti..

irama arab dan lagu-lagu nasyid

tapi lagu arab pun kena tapis jugakk

videonya kadang-kadang masyaallah dahsyat..

Wednesday, October 6, 2010

progress episod 4

hi there

belle ada banyak benda nak cite..but i've not much time..busy..bilik belle sekarang ni nak pijak pun susah sebab terlampau banyak barang kahwin..mujur masih boleh tidur..

semalam before tidur, sempat lar juga lipat kad kahwin (oh yee kad kahwin belle sudah siap), bubuh reben kecik kat kad, tapi baru sempat lipat 80 keping semalam..

barang hantaran pula dah banyak beli, hampir semua dah ada, cuma tinggal beberapa sahaja yang tak beli..masa pergi kl last week memang guna betul2 untuk beli barang hantaran yang kitorang nak..

shopping kat KLCC tanpa beli apa-apa 5 jam..

shopping kat Pavillion 7 jam - hasilnya perfume, pants for him, shirts (not for hantaran), handbag and shoes for me..

i know..i know.. lama gila kan..rasa nak tercabut kaki belle..tapi berbaloi..beli harga berpatutan dan puas hati..

selalu kalau you all shopping macam mana yer? i thought lelaki malas nak pusing satu mall, ambil yang ada depan mata jer..tak belek-belek sangat..harga pun tak kisah main hentam jer..

belle macam itu..malas pusing satu mall, ambil yang cantik depan mata, belek-belek kejap, harga hentam jer, tak tawar menawar dah, malas pikir panjang terus beli..

tapi dah terbalik dengan tunang belle..pusing satu mall, tawar menawar tu jangan cakap lar, paling murah harga dia letak, selagi tak jumpa mana yang berkenan di hati pusing lagi sekali mall, kalau tak berkenan lagi pergi mall lain pulak..kalau dah jumpa yang berkenan, belek-belek check kalau ada rosak ker..

prinsip belle tak nak pakai barang tu lama-lama..kalau handbag nak pakai setahun jer pastu nak tukar baru, sebab belle bukan jenis yang suka kumpul-kumpul beg ke kasut ke..boring kalau
pakai yang sama so i don't mind pakai yang murah-murah pun


tapi tunang belle, kalau beli barang, macam jam, dia kata dia nak pakai sampai dia ada cucu cicit, 10-20 tahun nak pakai yang tahan lama..jadi kena cari yang betul-betul puas hati..

tapi yang bestnya attitude macam tunang belle jarang dia menyesal barang yang dia beli..(tak pernah kot belle tengok dia menyesal)..belle selalu juga menyesal beli barang tu bila tengok kat kedai lain..alaaa, yang ni lagi cantik..

maybe belle pun kena ada attitude macam itu..tapi tak boleh ekstrem sangat..

sebab

kalau dua-dua attitude shopping macam tu pun susah juga kan..berkampung kat shopping mall la jawabnya..



call elianez tanya beg dan kasut apa best

hasil hunting barang-barang hantaran last week plus bunga-bunga for hantaran

Tuesday, October 5, 2010

Wedding cake

Parent belle, belle and amir dah jumpa dengan caterer last week, semua dah bincang, dah puas hati, now my turn to submit gambar cake to them. Kenalah email jer sebab hari tu tak prepare nak jumpa caterer. Kiteorang kan dok penang..rasa macam gile sikit pergi KL-Penang tiap 2 minggu. Drive pulak tue..

This week KL-Penang lagi tapi dengan bus. Amir pun, Terengganu-Penang dengan bus this week juga..huish penatt semalam baru sampai dari KL pun tak ilang lagi..

Balik ke cerita cake..

Since belle dan amir pergi cop caterer ni masa pameran perkahwinan 2010 kat pwtc bulan 7 hari tu (kalau tak silap), kiteorang dapat cake 3 tier for free.

So belle dah malas sudah nak google cari-cari gambar cake, belle ambil jer dari koleksi gambar cake yang belle dah start google since kami tunang last year..

This two cakes yg dalam collection yg belle sukeee..




Tapi mak belle tak nak fondant icing cake, dia nak buttercream icing cake. Walaupun fondant cake texturenya sangat cantik dan semua orang suka tengok tapi it doesn’t taste good. Lagipun masa E-Day hari tu dah ada fondant cake.

Belle okay jer..Hope caterer tu boleh buat macam ini..Kalau tak serupa, sama pun boleh..


Warna, of course blue ^-^..


Both pics shows 4 tier, kalau 3 tier agak-agak macam mana rupanya yer..


Thursday, September 30, 2010

HIV Test - Done

lepas dah tangguh banyak kali nak pergi pejabat kesihatan..akhirnya selesai HIV test kami..alhamdulillah negative - boleh kahwin..belle tahu kiteorang dah terlewat..semua orang dah bising kiteorang tak hantar borang kahwin lagi..banyak sangat misunderstanding..

mula-mula pergi kat bayan lepas depa tak bagi kami buat kat situ..suruh balik ambil borang kat negeri masing-masing..kami pun kalut lar call abah masing-masing suruh pos borang dari KL..tapi bila kami pi kat sg dua dan jalan perak, tak de pun dorang cakap macam tu..macam-macam lar..tak paham betul..

kemudian, sila jangan percaya borang-borang yang ada kat dalam website..pergi sendiri kat pejabat agama daerah masing-masing..

mula-mula belle download borang kat website JAIS, abah yang suruh lepas abah belle dengar nasihat dari tok kadi masjid dekat ngan rumah kat rawang..

then, tunang belle call semula JAIS, JAIS kata borang kat website tu tak ley pakai..default jer..hmm ada pulak cmtu yer..

tapi tak pa kita settle satu-satu

tunggu giliran bersama ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu dalam pantang..lelaki-lelaki itu suami mereka
see sikit jer kesannya..hehe tapi belle pejam mata takmo tengok dorang ambil darah belle


yeay..one step dah siap

Friday, September 24, 2010

HIV test

Kisah 1


Di tengah hari yang panas terik


Belle dan tunang belle pergi ke Bayan Lepas untuk mencari klinik kesihatan. Kami nak buat HIV test. Kami kurang familiar dengan kawasan Bayan Lepas. Sampai di sana, belle tunggu dalam kereta sementara tunang belle masuk ke dalam untuk bertanya betul ke ini tempatnya.


Bila tunang belle masuk balik dalam kereta, dia pun cerita kat belle, nurse - nurse kat dalam semuanya pandang dia atas bawah bila dia tanya kat sini ke tempat nak buat HIV. Nurse -nurse tu tanya dia dengan muka curious..


"kenapa adik? ada masalah ker? "


Hehe .. (gelak-dulu)


"ada ka patut dorang ingat abg ada masalah HIV" ...

Thursday, September 23, 2010

Coretan untuk awak

awak



semalam kita makan malam kat restoran tepi laut
saya tak nak makan sayur campur tu sebab rasanya sangat tak sedap
awak nasihatkan saya jangan membazir
itu hasil titik peluh kita bekerja
itu rezeki yang allah bagi
awak pun tolong makan sayur tu
sebab tak nak membazir
saya senyap jer buat bodoh tengok awak makan sayur yang tak sedap tu



lepas makan
dalam kereta awak cerita pasal orang afrika yang susah nak dapat makanan
pastu awak cerita abah awak rotan awak masa kecil sebab awak nak makan ayam jer hari-hari
abah awak suruh awak makan ikan
tapi awak kalau tak dapat makan ayam, awak langsung tak nak makan
pastu awak cerita lagi macam mana ayah awak didik awak supaya jangan jadi orang yang suka membazir
sekarang jadik lah awak orang yang paling tak memilih makanan dan tak membazir


saya tahu tu sebab awak tak kisah pun makan apa-apa
kalau tak sedap pun awak makan jugak
saya ingat lagi awak makan sayur kailam ikan masin yang saya masak dulu
bila saya rasa
euww tak sedap langsung kailan tu
tapi awak tak kisah
awak makan sampai habis


masa awak cerita dalam kereta tu saya senyap jer
saya marah sebab awak tegur saya macam tu
saya cakap takpe nanti saya bayar balik duit awak belanja saya makan
tapi awak kata ini bukan sebab duit
tapi saya tak peduli
saya tak nak dengar awak cakap apa pun
sampai kat depan apartment saya terus meluru keluar kereta
saya tak nak tengok muka awak
saya tak suka awak tegur saya macam tu
saya tahu saya salah tapi hati saya kata suka hati saya lar nak buat apa-apa pun
saya tak suka awak kongkong saya

hari ni kita pergi kerja
saya masam jer muka dalam kereta
awak ajak saya pergi breakfast
saya tak nak
kemudian awak ajak saya pergi lunch
saya kata saya busy ada meeting
kita habis kerja pukul 8 malam hari nie
dalam kereta awak ajak saya makan malam
tapi saya suruh awak hantar saya balik rumah
awak kata awak lapar satu hari tak makan
saya tak peduli
saya pun tak makan apa-apa hari ni


selalunya awk hantar saya depan pondok jaga
tapi pagi tadi saya cerita kat awak ada orang kacau saya depan rumah saya
awak terus teman saya sampai depan pintu rumah
awak kata takut nanti orang kacau saya lagi
awak ajak saya banyak kali pergi makan
tapi saya degil
saya tak nak
saya suruh awak makan je sorang-sorang


akhirnya awak senyap
saya nampak awak tunduk ke lantai
mesti awak sedih dengan sikap saya yang ego ni
saya nak minta maaf
saya sedih juga tengok awak sedih
tapi saya tetap ego
saya terus masuk dalam rumah tanpa tengok muka awak
awak pun berlalu pergi

teruknya saya
macam mana saya nak jadi isteri yang baik kalau tak nak dengar nasihat awak
sekarang awak tak angkat saya call
mesti awak tidur dalam kelaparan kan
saya degil
saya ego
saya tak nak mengaku kalah dengan awak
saya nak saya betul dalm semua perkara

maafkan saya awak
saya nak jadik isteri yang baik
yang dengar kata awak..
maafkan saya

saya masakkan awak lauk yang sedap untuk awak esok yer..
saya pun lapar sekarang nie..


DIY Hantaran

Reveal sikit-sikit bunga yang belle akan guna untuk hantaran..hehe

Tak sabar nak buat hantaran sendiri..

Cantik tak cantik belakang kira..

Yang penting tangan sendiri yang buat..

Lalala~








Wednesday, September 22, 2010

DIY Guest Book Part 1

Masa belle sekolah dulu belle suka balut buku..tak kira la buku apa pun mesti nak balut. Belle ada satu buku nota kecil yang belle balut guna kain songket.


Asalnya buku tu buku log kecil tapi rasa tak puas hati warnanya tak menarik.. Belle pun gunting kain songket warna merah dan gold yang belle tak boleh pakai sebab dah singkat..


Hasilnya, kawan kawan tanya " eh awak beli kat mana buku ni..cantiknyaa.." ^-^

Kali ni belle nak balut guest book..senang jer..tapi hasilnya cuma dapat tengok lepas wedding juga..(sebab tak siap lagi..hehe..)..Idea untuk guest book ni boleh refer pada post belle yang lepas http://flowers-isabelle.blogspot.com/search/label/Idea





Belle beli kat popular..nampak tanda harga tu?




Okay..ini tanpa tanda harga





Nak balut perlukan bahan-bahan ini (Buku, Kain Satin, Gam UHU, Gunting, Kertas A4)





Mudah jer..balut seperti biasa..Tapi pastikan kain satin digosok terlebih dahulu dan gunting kain mengikut ukuran buku dan tinggalkan basi sedikit





Balut dan guna gam uhu untuk bagi melekat..Hati-hati jangan sampai ada gam di permukaan buku. Kain ini jarang sikit..Guna kertas A4 sebagai alas supaya corak cover tak kelihatan.


Reminder: Kain ini licin, pegang elok-elok ^-^





Guna kertas A4 untuk tutup lebihan kain yang mesti jadik comot dengan gam





Supaya jadi kemas seperti ini



Hasilnya..siap dibalut..Letak dalam kotaknya semula


Part 2 nanti Belle tunjuk cara nak buat hiasan covernya

Tuesday, September 21, 2010

Reader Comment Disable

Sekarang baru belle tahu kenapa readers tak boleh komen kat certain post dalam blog belle..

Sebabnya kat post options untuk post tu, belle tak click allow reader comment..



Hehe maafkan saya yang dah lama buat blog tapi tak tahu pasal ini..

Sharing is caring ~

Kata hati

:
Mari kita berfikiran positif dan tenang menghadapi gerbang perkahwinan ni
:
Jangan stress stress
:
Focus on the journey, not the destination
:
Joy is found not in finishing an activity but in doing it
:
Have fun semua bakal pengantin ^-^
:
Selamat membuat persiapan perkahwinan anda
:

DIY Bunga Manggar

Actually ini bukan my first DIY, tapi ini first DIY untuk wedding belle yang belle post kat blog ni..Bunga manggar ini ilham daripada blog http://www.shajaratuldesign.com/
.
.
.
Barang-barang yang diperlukan:
  1. Gunting
  2. Pita Plekat
  3. Dawai no 24 dan 18
  4. Daun plastik
Langkah-langkah:


1. Sediakan barang-barang yang diperlukan

2. Lekatkan daun pada dawai guna pita pelekat

3. Lekatkan daun pada dawai kira-kira 12 helai daun (agak-agak)


4. Cantum dawai no 18 dan 24. no 18 ni halus sedikit berbanding no 24..jadi yg no 18 berada di depan 24..yang halus tu akan terlentok sikit ke bawah bila kita pasang nanti..baru lar cantik sikit


5. Ulang step 1-4 untuk dawai yang lain..buat lar banyak-banyak..



Tadaaa dah siap!!!..tapi hasilnya kena tunggu masa wedding baru boleh tunjuk...hehe
.: Sebab sebenarnya belle pun tak try lagi pasang betul2 kat batang bunga maggar:.


Tuesday, September 7, 2010

Wedding Sign

My dear, i'm not sending email to you anymore..so i paste my creation hmm my design here..let's do our wedding sign like this after raya..^-^'


SELAMAT HARI RAYA to all bloggers

Salam Semua

Hari ni last day berbuka dengan amir before masing-masing balik beraya kat kampung halaman..sedih..setiap hari berbuka sama..makan kat nasik kandar..tak pun kat bazar ramadhan tepi masjid bayan baru..semalam kami makan udang lipan kat hammer bay dengan na..Selamat Pengantin Baru na!!..belle tak boleh balik terengganu lagi sebelum belle kahwin..segan nak pi sana banyak kali..insyaallah lepas kawen boleh lar..

Kira tahun ni last beraya sebagai orang bujang..tahun lepas beria cakap kat adik-adik 'ni last along raya as single, tahun akan datang korang kena beraya ngan abg ipar'..

Nampaknya tahun ni sekali lagi kena cakap macam tu..

Lagi berapa hari nak raya..tapi belle tak beli lagi baju raya sehelai pun..uhuk-uhuk..berdebar nak kahwin sampai tak rasa nak beraya tahun ni..insyaallah harap tahun depan dapat beraya dengan meriah bersama orang baru...^-^

Lepas raya ni cuma tinggal 2 bulan..belle kena siapkan


  • hantaran
  • cookies
  • edar kad
  • baju nikah
  • persalinan pengantin lelaki ***
  • veil
  • meet caterer, MUA, OP dan pelamin
  • henna

eh banyak lar pulak..ingat kan sikit je lagi..huhu

anyway..kat sini..

Belle nak ucapkan 'SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN' pada kamu kamu yang tengah membaca blog ni..^-^ terima kasih kerana sudi bertandang dekat blog yang tak seberapa ini..thank you ^-^'

oh ya kepada harzharun..selamat berkenalan..belle suka baca blog harz..pasal komen kat new post belle tak tau nape tak boleh komen..penat sudah adjust setting tapi tak jadik jugak..-_-"

kepada semua..jumpa lepas raya yer..


p/s: ada sapa-sapa tahu contact orang yang boleh lukis henna..belle still tak de orang yang boleh lukis kan henna untuk belle..

Wednesday, August 25, 2010

Idea Guest Book

Kalau rajin boleh lah DIY sendiri guest book..macam kat bawah ni..nampak senang..balut buku dengan kain satin kemudian letak reben / bunga kain / brooch untuk hiasan..cantik dan elegant..

Ada satu buku yang saiz macam ini dijual kat popular queensbay..tempat lain belle tak tau lar..tapi takde lar hias cantik bagai macam nie..

guest yang datang boleh wish dalam guest book ini untuk kenang-kenangan kita..^-^






yang ini belle macam pernah tengok ada jual kat gurney plaza, penang..tapi harganya mahal sikit berbanding kalau kita beli guest book yang biasa pastu hias sendiri..
tempah letak pen pon haruslah dibalut supaya nampak sedondon gitu..
:
:
Source: Google (tak ingat sudah URL nya)..

Veil dan tudung

Fashion tudung..ada berani?

Monday, August 23, 2010

progress episod 3

finally belle dah beli "something" untuk jadikan wedding gift. Rahsia!!! Nanti nak dekat-dekat time wedding baru boleh kasik tau..tak adalah gempak sangat..biasa jer..tapi door gift ini memang totally out daripada apa yang belle plan sebelum ni.

belle beli "something" itu kat IKEA..hmm boleh agak-agak tak ape dia?? jeng jeng..Rahsia lagi..belle beli dalam beratus unit camtu..abah yang tolong tolakkan troli..ramai yang tertoleh-toleh sebab kiteorang beli benda tu banyak dan ramai yang tegur nak buat apa banyak-banyak nie??

tapi idea ni bukan baru sebab tok su belle dah pernah buat untuk wedding anak dia..mula-mula belle takmo buat tapi suke sangat dengan idea tu..mak lang ngan mak pun suka jugakkk..!!

kad kahwin juga baru ditempah pagi tadi..pun tukar juga design di saat-saat akhir..bulan depan baru siap semuanya..

semalam belle balik Rawang..baru gigih lukis map dengan abah..disebabkan family belle baru pindah kat Rawang dan belle pun cuma sebulan sekali baru balik Rawang..belle tak arif langsung jalan-jalan kat situ..

tapi kannn better lagi lar kann daripada ada orang tu penat lukis map dengan abah dia semalam ..tetiba boleh pulak tertinggal kat kampung..masa orang nak tempah kad kahwin..baru dia gigih lukis map..hehe nasib baik ada tunang dia yang baik hati tolong lukiskan map untuk dia..

OP pun dah ditempah..comfirm..

selesai sudah 3 perkara minggu lepas..hati tenang sikit..

hujung minggu ni belle kena siapkan DIY bunga manggar, bakul, guestbook...


Tuesday, August 3, 2010

Coretan Episod 2

sejak belle hilang handphone kat kedai makan masa bulan 1 lepas..belle hupdate blog entry tanpa gambar-gambar..

frust..

pergi banyak tempat best tak dapat rakam kenangan apa-apa..

tapi belle risau juga kalau ada handphone canggih-canggih ni..

sebab pertama..belle memang suka tertinggal barang..sejak ada tunang yang asyik ambil berat pasal kita ni kan..selalu mengharap kat tunang jadi reminder

sebab kedua..belle suka letak handphone atas riba..bila keluar kereta..puppp..mesti jatuh keluar dari kereta..

ada sekali jatuh dari kereta..terus masuk longkang yang ada air kat tepi kedai mamak..

euuuww tengok jer..

pikir-pikir nak ambil tak nak..nak ambil tak nak..

akhirnya amir yang ambil sambil membebel kat belle

nasib baik handphone yang jenis baling kat anjing..anjing boleh mati..

Coretan

Masa bertunang ni tak lah seindah yang kita sangka..banyak dugaan nya..bermacam-macam dugaan..masa ini lah yang orang kata masa darah tengah manis..

hari-hari boleh bergaduh..boleh bermasam-muka sebab hal remeh-temeh..kalau hal-hal yang serius apatah lagi kan..

APATAH lagi yang hari-hari jumpa macam kami ni..(hari-hari jumpa sebab satu office)..

orang selalu tanya hari-hari jumpa tak bosan ker??

hehe.. (tak boleh jawab kat sini..biarlah rahsia..)

hari ni belle tak sihat dan tak pergi office..tidur sepanjang hari..maknanya hari ni seharian tak berjumpa..

belle tanya amir..rindu ker sehari tak jumpa? dia jawab "rindulah"..

belle tanya lagi: " dah tu hari lain tak rindu ker?.." (saja mengada-ngada tanya macam kalau orang puji awak nampak cantik lar hari ni ..maka kita pun jawab hari ni jer cantik? hari lain tak cantik ker?)..

amir pun jawab " awak dah macam tangan saya ..kalau tiba-tiba tangan saya takda..mesti saya rasa tak lengkap hidup saya..mestilah saya akan rindu kat tangan saya..mestilah saya risau mana tangan saya ni pergi..asyik teringat kat tangan saya..

(senyum)..


masa bertunang juga ada masa-masa indahnya..

orang kata jangan tunang lama-lama..tak molek

Monday, August 2, 2010

progress episod 2

minggu lepas berjaya juga belle sampai ke majlis tunang elianez..

"WELCOME to the CLUB, Elianez!!"..

she looks gojes dengan baju chifon dan veil dia dari vispera..door gift dan hantarannya pun cantik..belle pergi dengan ira, tunang belle dan kak ju sepupu tunang belle..

kiteorg tak tunggu lama sangat kat melaka..lepas elianez sarung-cincin-ambil-gambar-dengan elinez..kiteorg pergi jalan-jalan kat nilai 3..saja jalan-jalan survey-survey barang..belle mencari-cari bunga span..tapi tak da pun jual kat nilai..tapi ada ke pekedai kat situ cakap bunga span ni stail lama..orang tak pakai dah..apa-apa jelar..dalam hati cakap "korang tue yang tak up to date"...

tempat yang ada bunga span setakat ni belle pernah tengok cuma kat SFF dan Semua house..

so belle cadang nak pergi Semua House tapi sudah lewat..belle dengan amir kena balik cepat ke Penang..lepas hantar Ira dan Kak Ju..kiteorg terus balik Penang..

jadinya weekend lepas..belle berjaya beli baju dan tempah terus baju..berjaya pergi ke Melaka..berjaya pergi Nilai 3..yang tak berjaya..tempah kad kahwin dan beli barang hantaran..tak pe la..beli kat Penang juga lar nanti ^-^

kesimpulannya, weekend lepas was so great..rasa berbaloi-baloi..

thanks to my dearest Amir for this great weekend..bape jam kite berada dalam kete selama 2 hari ni kan..


dengan kak ju dan amir, belle belajar lagi kata penguat dari loghat ganu.. perkataannya adalam Musing Ketang..mula-mula belle ingat musim ketam..rupanya adalah pusing-pusing macam ketam..maksudnya macam ala-ala orang kedah cakap pi mai pi mai tang tu jugak..

pusing ke sana ke mari tapi masih berada di tempat yang sama..^-^

hehe..dok pahang-pahang g ghupenyer..

tapi apa-apa pun..ira dengan kakju memang super duper best!..

p/s: design baju belle dah berubah sikit..belle nak cerita pasal baju untuk post akan datang..

Wednesday, July 28, 2010

wedding dress design







anne hot fm dress from arma abd rahman




source photo from Google

.


perasan tak apa persamaan gambar-gambar kat atas

.
.


design yang simple..

.


warna putih..

.


perincian di pinggang..

.


material chiffon dan satin..

.

dan

.


cantik!!

.

.




nak buat ala-ala dress macam ni..tapi MESTI lah tutup aurat ^-^..kena lar adjust semula design dress ni supaya sesuai dengan belle..

.

.

.


p/s: belle ada lukis sendiri design baju ni tapi alaa malu lar nak tunjuk drawing belle..


hehe




progress

well, tak sabar sebenarnya nak pergi KL hujung minggu ni..tapi apa boleh buat design engineer tu sangat sibuk dengan kerja dia..tak dapat lar pergi awal sikit..=(
.
hujung minggu ni baru lar nak pergi beli kain utk buat baju..i know tinggal 3 bulan
lagi..selamba..harap sempat..kalau tak kita sewa jer baju..
.
lagi..hujung minggu ni nak tempah kad jemputan..
.
lagi..hujung minggu ni juga..kawan baik belle yang namanya elianez bakal bertunang..tahniah anez..selamat bertunang!!..
.
okay..lagi..hujung minggu ni jugak nak survey set bilik tidur untuk bilik..
lagi..nak beli barang-barang hantaran terus..no more survey-survey on this..KENA beli juga..
.
banyaknya perkara nak settle hujung minggu ni..
.
fuhhh..dok penang..tapi kawen kat rawang..jauh juga nk berulang alik..
.
.

to abg: boleh tak kita singgah nilai 3??please please..^-^


p/s: semalam hari yang tinggal until wedding belle dan amir adalah 3 bulan 3 minggu 3 hari..combination yang cantikkan ^-^..

Tuesday, July 27, 2010

Door Gift

Selepas berbulan-bulan mencari-cari apa yang best..simple dan sesuai untuk bagi pada tetamu..finally belle dan amir decide nak bagi chocolate..senangkan..without goodies bag..

Tapi bekasnya belum decide, last week dah pergi SFF Butterworth dan jumpa box yang sesuai tapi belum beli lagi..(tunggu Mak Lang nak sponsor dengan 50%baucer yang dia dapat untuk birthday dia) Imagine kalau beli barang yang harga RM1000 boleh la jimat RM500..hehe gembiranya..


Tema biru..ini macam sesuai tapi boxnya macam mahal pulak..setakat ni tak jumpa lagi box macam ini..




Belle suka yang lutsinar ini..boleh nampak choclate kat dalam..kat kedai pun murah je box ni..satu dalam RM0.50 je rasanya..


tapi amir lagi suka box yang macam ini..hehe..mahal seposen dari yang lutsinar..

Source pictures from Google

Last week belle pergi rumah autie belle, dia tunjuk banyak door gift yang dia dapat masa pergi kenduri..tapi HALF daripada door gift yang banyak-banyak tu dah dibuang..

Berapa kerat je tetamu yang simpan door gift orang bagi..kadang-kadang simpan 2-3 bulan jer pastu buang..(termasuk belle..hehe)

Tapi amir kata jangan fikir lar dorang nak buang ke nk simpan ker asalkan kita ikhlas bagi..betul juga kan macam itu..=)