Daisypath Anniversary tickers

Monday, June 14, 2010

tema perkahwinan

salam

bagi pasangan yang nak berkahwin, belle rasa perkara pertama yang mereka akan fikir adalah tema perkahwinan..itu normal..awal-awal lagi selepas bertunang, sedara mara, kawan-kawan belle dah bertanya "nanti majlis kahwin, tema apa?".. kalau pergi kedai-kedai butik pengantin pun mereka akan tanya tema apa?

bukan apa..kalau dah ada tema..senanglah nak rancang baju design macam mana..pelamin..door gift untuk tetamu..semuanya ikut tema..

sekarang ini ada macam-macam tema perkahwinan..bukan sahaja setakat warna sahaja..baru-baru ni belle tengok rancangan NONA..ada selebriti yang memilih tema avatar, tunang syeikh muzafar dalam majalah pengantin ada sebut dia mahukan tema angkasawan..unik..masing-masing nak buat lain dari yang lain..

tapi tak salah pun..

belle pun tiba-tiba bangun pagi tadi terfikirkan satu tema..mungkin dah ramai yang buat..

sebelum ini, belle ingatkan nak buat tema arab tapi bakal mak mertua belle dah bercadang nak buat tema arab juga jadi belle pun rasa buat tema lain pula la..

buat masa sekarang ni..tema wedding belle adalah rahsia ^-^

No comments: