Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, June 23, 2010

place called home

Ooo My God..tinggal 4 bulan lagi sebelum wedding..cepatnya..(kan dah start gelabah)..banyak lagi preparation tak buat ni..kami berdua sangat sibuk dengan kerja dan aktiviti lain sampai wedding sendiri pun tak sempat nak ambil kisah..(sigh*)

Tapi kami berdua dah survey-survey rumah sekitar Bayan Baru..mungkin kami akan duduk apartment sebab rumah teres terasa macam besar sangat nk kemas..kalau dah beranak pinak nanti baru pindah ke rumah atas tanah..buat masa sekarang kami nak tinggal kat rumah atas angin..hehe

Lagipun rumah teres kat Penang ni sangat mahal..tak berbaloi kalau sewa mahal-mahal..kalau nak sewa yang murah luar dari Penang boleh lar dapat macam kat Bertam ke Kulim ke Sg Petani..tapi tak kuasa nak tempuh jambatan yang sesak pagi petang..baik duduk kat dalam pulau jer..

lagipun kami nak rumah yang dekat dengan office..jadi kalau terasa nak lunch kat rumah boleh lar terus balik tengah hari..

Bulan 11 nikah..bulan 10 dah start sewa..kemudian beli perabot siap-siap..lepas nikah terus pindah ^-^..

beli Anjung Seri untuk dapatkan idea-idea menghias rumah(semangat ^-^)..belle cari majalah apartment tapi tak jumpa pulak kat sini

Monday, June 14, 2010

pelamin

kredit to beutifulnara.com

ini pelamin jimmy shanley untuk majlis pertunangan dia..cantikkan..belle admired sangat dengan pelamin dia..simple dan elegant..

belle belum ada pelamin anganku..but i'm really into this pelamin

happily ever after

salam

bahagia selamanya..

itu tema yang belle pilih..ala-ala cerita dongeng Cinderella..belle mula-mula nak pilih tema warna turquiose (tak ada konsep specific)..cuma warna turquiose..selepas survey banyak kedai..tak banyak pilihan bunga warna turquiose..yang paling dekat pun warna biru lembut..

belle dah beli beberapa kuntum bunga span warna biru muda dan warna krim lembut..bila tengok banyak-banyak bunga-bunga ni dalam bilik belle..terus teringatkan Cinderella..warna-warna bunga tu hampir sama dengan warna Cinderella..

kalau dalam cerita dongeng Cinderella, mesti ada kasut kaca..labu..kereta kuda..warna biru lembut..

Cinderella's Wedding



belle nak ada element warna biru lembut, pumpkin dan kristal dalam majlis belle nanti..

p/s: bila belle cerita pada amir pasal tema ni (pagi tadi sebenarnya), dia dengan teruja cakap kat belle "kita namakan tema wedding kita Cindebella"..hehe

tema perkahwinan

salam

bagi pasangan yang nak berkahwin, belle rasa perkara pertama yang mereka akan fikir adalah tema perkahwinan..itu normal..awal-awal lagi selepas bertunang, sedara mara, kawan-kawan belle dah bertanya "nanti majlis kahwin, tema apa?".. kalau pergi kedai-kedai butik pengantin pun mereka akan tanya tema apa?

bukan apa..kalau dah ada tema..senanglah nak rancang baju design macam mana..pelamin..door gift untuk tetamu..semuanya ikut tema..

sekarang ini ada macam-macam tema perkahwinan..bukan sahaja setakat warna sahaja..baru-baru ni belle tengok rancangan NONA..ada selebriti yang memilih tema avatar, tunang syeikh muzafar dalam majalah pengantin ada sebut dia mahukan tema angkasawan..unik..masing-masing nak buat lain dari yang lain..

tapi tak salah pun..

belle pun tiba-tiba bangun pagi tadi terfikirkan satu tema..mungkin dah ramai yang buat..

sebelum ini, belle ingatkan nak buat tema arab tapi bakal mak mertua belle dah bercadang nak buat tema arab juga jadi belle pun rasa buat tema lain pula la..

buat masa sekarang ni..tema wedding belle adalah rahsia ^-^